10 tahun berlalu peristiwa wtc runtuh, dan memori dunia pada kenangan hitam tu tak pernah terhakis malah semakin kuat. dan rasanya peristiwa tu akan terus terpahat. ulangtahunnya pasti akan disebut2 setiap tahun. Tak kiralah apa pun cerita di sebalik peristiwa tu, sama ada agenda mahupun sandiwara, saya teringin sangat sangat sangat nak tengok memorial site 9/11 di New York. Kalau ada rezeki lebih tu insyaAllah sampai la nanti.11 september 2011 turn me to 21. Umur yang semakin dewasa sampai diri sendiri pun rasa tak bersedia. Semalam 11 october 2011 means genap sebulan menjadi seorang dewasa berumur 21 tahun.
2. Phase of life
Ada masa kita boleh rasa kita berada dalam fasa hidup yang sangat self-constructive. Ada masa jugak kita berada dalam fasa yang sangat self-destructive. Fasa self-constructive: boleh jadi bila kita mula lihat dunia luar, kita tersedar betapa ceteknya pengetahuan, rendahnya kemahiran, sempitnya pengalaman yang ada dlm diri sendiri, rasa nak improve diri semakin kuat. Fasa self-destructive: boleh jadi kita sendiri yang memusnahkan apa yang kita sendiri bina. semudah tu. Pelik kan?
3. Relationship
Relationship dengan tuhan diri kita sendiri yang lebih tahu perjalanan dan perkembangannya. Jika baik, perlu cari jalan untuk kekalkan. Jika tak, jalan taubat terbuka luas. Selalu rasa diri sendiri dah hilang arah. Tapi. Tapi. Tapi. Takkan nak give up Syafiqah. kifarah dosa, bersedia? "Saya tidak mengatakan kita sudah terlambat kerana tidak ada istilah terlambat dalam taubat selagi kita masih mampu menyedut nafas kehidupan tetapi kita perlu bersedia dan bersabar menerima kifaratNya." - Hilal Asyraf. Kifarah untuk dosa-dosa kita tetap ada. Dengan harapan Allah kurangkan seksaan di akhirat nanti. Even orang tak percaya tuhan pun percaya hukum karma. Baik dibalas baik. Jahat dibalas buruk. Hubungan sesama manusia bermacam-macam ragamnya. Bila bersahabat, saya percaya Allah letakkan kita dalam kalangan org2 yg sanggup dan mampu terima kita, baik mahupun buruk. Kalau kepercayaan ini salah, tak mungkin orang-orang sekeliling saya mampu tersenyum dan berkongsi gelak tawa sedangkan pahit yang saya berikan. Apalagi kalau ada sedikit kemanisan. Sedar atau tak, yang jauh sering dirindui, yang dekat selalu tak dihargai. Pepatah yang mengatakan "disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seoarang perempuan dibelakangnya" mungkin valid apabila pertalian itu secara jelasnya Allah redha. Suami dan isteri, ibu dan anak, kakak dan adik, abang dan adik dan lain-lain. Persahabatan lelaki dan perempuan yang melebihi garis dan batas persahabatan sebenar, kadang-kadang menyulam kebahagian, tetapi lebih banyak melemparkan persoalan keresahan, mungkin jugak satu perjudian.
4. Study
Dari dulu sampai sekarang memang mengkategorikan diri dalam kalangan 'biasa'. Perihal study dan result, tak pernah extraordinary. Tapi sebenarnya feeling setiap kali dapat result 'biasa' tak semestinya sama setiap semester. kalau kita study betul-betul, perah habis-habis usaha dan tenaga, bila kita dapat result yang 'biasa' atau 'teruk', mungkin kita akan sedih. tapi kalau kita tak study semaksimum yang kita mampu, and then bile dapat result 'biasa atau 'teruk, feeling dia jauh lebih sedih, jauh lebih kecewa. bukan sedih dengan result. tapi kecewa dengan diri sendiri. Third year. Ini adalah masanya result menaik dan semakin menaik. tapi hakikatnya wahai dunia, Nurul syafiqah still dapat result teruk sebab dia tak study sebab dia pemalas.
5. Cuti 4 bulan
Cuti empat bulan ni adalah satu nikmat besar yang Allah bagi. Cuti empat bulan bukanlah perkara biasa untuk student UTP. Sepanjang saya berada kat UTP ni, inilah satu-satunya cuti empat bulan yang ada. Selepas ni takkan ada cuti panjang sampailah graduate nanti. Cuti semester hanya seminggu dan cuti midsem hanya 4 hari. First month cuti Alhamdulillah dapat lepak sepenuhnya di rumah. Tak dapat placement untuk pre-internship pun. Almost semua company yang saya apply cakap 3 months tu sekejap sangat, so diorang perlu buka peluang pada student yang nak buat internship dulu bukan pre-intership. Baiklah. Sebab saya pun at last tak boleh kerja pun. Sebab dapat tawaran lagi besar, jadi house manager kat kampung, uruskan rumah Paksu dan Su Pah sementara mereka menunaikan haji, uruskan adik-adik sedara nak pergi sekolah, tengok-tengokkan nenek. =). =). =) sesekali tukar environment memang best =) =) =) cuma. cuma. cuma. cuma satu je. Kat sini susah nak shopping. Kalau kat rumah, tiap2 hari boleh keluar pergi tesco ke mana-mana ke. T_______T Kat sini takut nak drive. Jalan sempit, tak hafal jalan. Bila-bila masa boleh sesat.
6. Ini Sejarah Kita
Kalaulah semua orang di luar sana mcam saya, graf kat atas takkan pernah naik semula. Itulah nasib agama yang tercinta ini bila tentera-tenteranya tak sekuat mana. Hanya sekadar tahu, dan tutup semula graf tu dan melalui kehidupan seperti biasa. Hakikatnya penghuni-penghuni syurga adalah orang luar biasa. Melampau tak kalau saya mendedahkan hakikat sebenar di sini yang 'kitalah orang yang bertanggungjawab menaikkan semua graf ni'. dan 'orang yang tak melakukan tanggungjawab ialah orang yang berdosa'. ye kita. kita yang tahu.
7. Hilang
Saya ada satu kelemaha yang sangat ketara. Perkara yang paling menakutkan ialah apabila kehilangan sesuatu yang sangat sangat sangat saya sayang dan sangat sangat sangat saya cuba pertahankan. selepas mencuba segala jalan, perkara yang terbaik yang boleh dilakukan ialah melepaskan. Melepaskan kerana kudrat manusia takkan mampu melawan takdir Tuhannya. Seandainya 'sesuatu yang hilang' itu dapat membaca tulisan ini, ketahuilah yang saya sangat sayang kamu dan telah mencuba segalanya untuk kamu wahai 'sesuatu yang hilang'. Canada, bolehkah kamu membaca tulisan ini? dan diri sendiri yang telah hilang, semoga kamu cepat kembali. teringat perbualan dengan seorang kakak. "Syafiqah, kalau kamu rasa kamu hilang diri sendiri, antara salah satu cara untuk cari semula diri sendiri, mungkin kamu boleh buat semula perkara-perkara yang kamu suka buat dulu, apa sahaja asalkan ia baik." - Kak Hidayah Taufik. terima kasih kak =)
8. Peluang
Kali ni mama betul-betul konfiden. "Kakak pergi la canada cuti ni, mama dengan ayah bagi duit tambang flight and duit belanja sikit-sikit. Rugi tak pergi, kawan-kawan kat sana satu advantage besar. Senang nak tanya kalau nak jalan-jalan. Cuti kali ni la satu-satunya masa nak pergi sebelum kawan-kawan kakak balik malaysia kan. Mama serius ni. Tapi dengan syarat, kene cari kawan untuk teman. Takde kawan mama tak lepaskan." Dekat dua minggu jugak fikirkan offer mama ni dan start cari kawan untuk teman. Orang yang ada harapan cerah sikit ialah Syamad - Syafiqah Ahmad. Dialah orang first yang dihasut untuk pergi. Tapi tak berjaya. Tanya Huda, tanya Dila. Lepas tu tak tahu nak tanya sapa sebab rasanya semua akan bagi jawapan yg sama, budget tinggi sangat. Memang impossible nak cari kawan untuk teman ke sana. At last, tak dapat cari kawan la mama, tak de rezeki kot. Terpaksa lupakan lagi.
9. Gambar kat atas ni ialah gambar semasa 20 tahun yang lalu. First birthday celebration masa umur satu tahun. Mama beli kek besar shape nombor satu. Kalau sekarang ni nak buat macam tu, kene beli dua kek, satu kek shape nombor dua, satu lagi shape nombor satu. Terima kasih mama dan ayah untuk 21 tahun yang berlalu ni.
10. Content
Content kali ini sangat panjang, maknanya lagi 10 tahun baru sentuh balik blog ni kot. Wahai orang-orang yang masih sudi membaca, maafkan segala kesalahan saya ye. Assalamualaikum :)

4 comments:
bercampur-baur perasaan bace entry blog ika kali ni..
camane intern isma?
best dok klcc tiap2 hari? hehe..
ika. untuk nak datang canada tu pujuklah mama supaya bg permission. walopun sorg2 tp ika dah besar n reti bwk diri. ckp kat dia ade kawan yg akan jaga kat canada nanti! :))
@daffodil:
klu skarang nak pujuk balik mcm dah lambat je..tiket harga dah naik da kot skang..xpe win..win jgn balik m'sia selagi kite x sampai sane ye hehe.. XP
Post a Comment