Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang.
Ucapan Selamat Hari Raya yang pertama dari blog ini :)
Walaupun dah lambat, nak tulis jugak.
Khas buat sahabat-sahabat yang tak menerima ucapan hari raya dari saya.
Namun ingatan pada kalian tetap ada :)
****************************************************************
Ayah saya pernah berpesan:
Jika kita bangun pada suatu pagi,
kita hilang nikmat sihat,
kita tak mampu berjalan,
ada diantara orang-orang yang kita sayang pergi ke sesuatu tempat yang jauh dari kita,
harta dan barang-barang kita dicuri,
kawan-kawan tak melayan kita dengan baik,
kita tidak memahami apa yang pensyarah ajarkan di dalam kelas,
semua test dan quiz tak boleh jawab,
tak ada satu pun subject yang kita dapat score,
diuji dengan masalah kewangan,
gagal test JPJ,
diuji jugak dengan kesibukan dan masa lapang yang tak pernah ada,
dan kita selalu merasakan apa yang kita hajati belum lagi dimakbulkan,
kita perlu tahu, itu adalah normal, kerana dunia ini tempat untuk menerima ujian.
Dan,
Jika pada suatu pagi, sebaik sahaja kita bangun dari tidur,
Kita punya badan yang sihat,
kita mampu terus bangun dan terus berjalan,
orang-orang yang kita sayang masih ada si samping kita,
segala harta milik kita masih berada bersama kita,
kawan-kawan melayan kita dengan baik sekali,
kita dapat memahami sepenuhnya apa yang diajarkan oleh pensyarah,
semua quiz dan test dapat dijawab dengan baik,
kita score dalam semua subject,
duit sentiasa mencukupi untuk dibelanjakan,
makan dan pakai yang cukup,
lulus test JPJ,
diberikan banyak masa lapang,
apa sahaja yang kita hajati setiasa di makbulkan,
everything falls at the right place,
kita perlu tahu, itu adalah bonus yang Allah berikan pada kita. Bukan sesuatu kemestian untuk Allah berikan kepada kita. Itu cuma suatu bonus. Bonus itu bukan milik kita, bergantung kepada tuhan pemilik kita dan sekalian alam sama ada untuk berikan kepada kita atau tidak. Tukar mind setting, supaya kita menjadi orang yang lebih bersyukur.
Mama saya pernah berpesan:
Dalam banyak-banyak ujian, ujian yang paling berat adalah ujian kematian, sama ada orang yang kita sayang yang pergi, atau kita sendiri yang menghadapi kematian itu. Semua ujian selain dari itu hanyalah ujian yang kecil, terlalu kecil. Dan kita selalunya diuji dengan ujian-ujian yang kecil dalam hidup. Sudah cukup untuk membuatkan kita terlalu kecewa. Disebabkan itu, Allah tak meletakkan kita di Palestin, dimana orang-orangnya diuji dengan kematian setiap hari. Diuji dengan permergain keluarga, dan akhirnya diri sendiri menghadapinya.
Buat mama dan ayah,
selamat pergi menjadi tetamu Allah dibumi anbiya'
semoaga memperoleh haji mabrur,
dan selamat pulang ke tanah air dengan selamat,
dan terus membawa perubahan yang besar kepada kita sekeluarga :)

2 comments:
"Learn", dear, not lern. Your English teacher watches over you, so do mind your grammar and spelling!
owh, sorry sir, i didn't proofread what i've written :(
next time, should be more careful, thanx sir!
Post a Comment